Saturday 31 December 2011

pEnGaLaMaN MeNgAJaR eRti sEbUaH KeHiDuPaN



Assalamualaikum wtb

pejam celik pejam celik 2011 telah pun melabuhkan tirainya yang penuh suka dan duka bagi kehidupan setiap manusia di muka bumi ini....selamat datang 2012 yang bakal di penuhi dengan segala rintangan yang harus di lalui.....syukur ke hadrat ilahi dengan segala nikmat yang diberikan aku sebagai manusia biasa dapat menempuhi segalanya dengan penuh sabar dan senantiasa mengingatinya.....ingin ku kongsikan disini pengalaman sepanjang 2011 yang sentiasa ku ingati ialah tanggal 3 jun sehinggalah 3 november....dimana selama 6 bulan aku dan rakan seperjuanganku yang sangat ku sayangi dunia akhirat zati,yaya,wani,pinat,ina,ira,ikin dan hajar berjuang berhabis-habisan untuk menjalani latihan industri di NILAI SPRINGS RESORT HOTEL. Di sinilah bermula coretan-coretan baru sebagai seorang manusia di muka bumi Allah swt. Pelbagai ujian dan rintangan yang terpaksa di lalui demi mencapai kejayaan melalui latihan industri. Antara kenangan yang tidak mungkin aku lupakan ialah buat pertama kali dalam hidupku, aku tidak berkesempatan mengucup kedua belah tangan ibu dan bapaku di pagi raya yang penuh syahdu....demi menyempurnakan tugas, aku dan sebahagian rakan seperjuanganku tidak berpeluang untuk meraikan kedatangan syawal yang pertama.....aku,pinat dan ikin  sangat bertuah kerana memiliki pengalaman yang tidak akan datang selalu dalam kehidupan....kami bertiga hanya meraikan kedatangan syawal bersama-sama rakan sekerja yang lain di NILAI SPRINGS RESORT HOTEL...sungguh syahdu yang kurasakan ketika pagi syawal menjelma sehinggakan tidak ada setitik pon air mata mengalir.....peluang beraya bersama Manager f&b En.Alwi dan rakan-rakan dari seberang indonesia akan sentiasa terpahat di ingatan.....banyak yang ingin ku kongsikan sepanjang berada di nilai,mungkin pada waktu yang lain pula.......akhir kata setiap yang aku lalui sepanjang menjalani latihan industri di NILAI SPRINGS RESORT HOTEL adalah pengalaman yang berharga buat diriku.....terima kasih kerana memberi peluang kepadaku untuk mengenali rakan-rakan di nilai dan yang paling utama sekali pengalaman mengajar erti sebuah kehidupan......sekian sahaja wasalam......